221213

221213
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday 9 June 2016

PAKEJ 1 LACTE DUET ELITE ELECTRIC BREASTPUMP



LDE0001-Pakej 1 Lacte Duet Elite Electric Breastpump - THE REAL DUET RECHARGEABLE ELECTRIC BREASTPUMP
Np: RM710 
NOW RM579.00
PAKEJ 1
Package Included:
- Full Set Breastpump
- 1 Pcs Milky Cooler Bag
  2 Compartment
- 4 Pcs Storage Bottle
- 1 Pcs Ice Brick
New double rechargebale electric pump suitable for home, cross outside and office use.
Built - in with High Capacity Rechargebale Battery, up to 5 cycles at single full charge.
Touch Button

A real duo with 2 discrete pumps, serving each expression kit, just like 2 sets of single pump

Left, right or duet operation with individual control. Different suction strength can be set on left and right!

Unique soft breast shield design, reacting to the pumping rhythm which mimic baby’s suckling for maximum comfort and stimulation

2 Phase Expression – Stimulation Phase & Expression Phase

9 steps suction control

Last used setting memory

Compact and light weight for maximum portability

Silent operation

1 year warranty ( motor ) , 6 month warranty ( adaptor )

INTERESTED WHATSAPP 0183793656

Wednesday 8 June 2016

Lacte Duet Elite Electric Breastpump - THE REAL DUET RECHARGEABLE ELECTRIC BREASTPUMP



Lacte Duet Elite Electric Breastpump - THE REAL DUET RECHARGEABLE ELECTRIC BREASTPUMP

 NP: RM679.00 
NOW RM539.00

New double rechargebale electric pump suitable for home, cross outside and office use.
Built - in with High Capacity Rechargebale Battery, up to 5 cycles at single full charge.
Touch Button 

A real duo with 2 discrete pumps, serving each expression kit, just like 2 sets of single pump

Left, right or duet operation with individual control. Different suction strength can be set on left and right!

Unique soft breast shield design, reacting to the pumping rhythm which mimic baby’s suckling for maximum comfort and stimulation

2 Phase Expression – Stimulation Phase & Expression Phase

9 steps suction control

Last used setting memory

Compact and light weight for maximum portability

Silent operation

1 year warranty ( motor ) , 6 month warranty ( adaptor )

#breastpump#breastfeeding#Manjaanakku

Radio Mini



Digital  Al Quran Ver Terbaru (Aldilfitri)

✔..Lengkap 114 Surah..Bacaan Dari  3 Imam Terkemuka ..
1).Imam Mishari
2).Imam Saud
3).Imam Ghamidi
Termasuk Tafsir Lengkap 114 Surah

✔..Ayat Ruqyah ,Azan ,Tahlil

✔..Zikir & Doa2 Harian

✔..Bacaan dlm Tata Cara Solat Fardu.

✔..Ceramah Dari Tokoh Termasyur ..Uai , Duke ,Ust Don ,Ust Haslin dan lain2

✔..Tatacara Dlm Mengerjakan Ibadat Haji Dan Umrah.

✔..Pengurusan Jenazah

✔..Ratusan Himpunan Nasyid Popular..

✔..Bonus Lagu2 Raya Popular

✔..Termasuk Bateri..Dah charge penuh boleh guna dlm 5 ke 7 jam..

✔..Memori 8Gb (Full)

✔.. Nota Panduan utk pemilihan Surah & Tazkirah

Yg paling penting sgt mudah digunakan..hanya pilih nombor shj pada nota panduan

Harga 1 Unit RM 84 (Free Postage)

PROMO SEMPENA BULAN RAMADAN RM75 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!

Jom dapatkannya. Jadikan ia sebagai halwa telinga sekeluarga. Sambil- sambil masak boleh kumpul pahala dengan mendengar alunan ayat suci AlQuran ini. Biar ia kecil molek tapi suara lantang sekali. InsyaAllah pasti anda teruja bila sudah memiliki Radio Mini ini.

Stok Adalah Sgt Terhad. Jika ingin mendapatkannya terus Whatsapp 0183793656

Monday 12 May 2014

SUSU KAMBING LENNOZA



Susu Kambing Lennoza dengan tambahan DHA + AHA serta makanan sunnah. 

Produk Bumiputera Muslim "pertama diformulasikan" pada 2012 dgn menggabungkan susu kambing dan makanan sunnah dipasarkan semenjak 2013 untuk pengguna yang inginkan khasiat dan alternatif pemakanan sunnah..

KELEBIHAN SUSU KAMBING LENNOZA:
1. Diformulasikan sesuai utk SEMUA PERINGKAT umur (bayi dan anak kecil, ibu mengandung @ menyusukan anak, golongan dewasa) dan perkembangan minda anak. Sesuai utk seisi keluarga..
2. Tidak hamis serta mengandungi khasiat PEMAKANAN SUNNAH seperti:
- Kismis, kurma, delima, habbatussauda, zaitun, buat tin dan za'faran bergred premium yg diimport.
- Terdapat dalam 3 perisa; Asli, Coklat dan Strawberi!!
3. Rumusan susu kambing asli gred premium, TIDAK MENGANDUNGI GULA (SUKROSA) seperti kebanyakan produk tenusu lain.

Pertanyaan lanjut berkenaan pembelian dan khasiat produk? hubungi :
018-3793656 (sms/ whatsapp) - Pn. Mai
Dapatkan sekarang dengan harga Promosi HANYA RM48.00 (+ RM 8 postage) sebotol utk berat 650g






Wednesday 19 February 2014

KEBAIKAN 7 MAKANAN SUNNAH DI DALAM SUSU KAMBING LENNOZA


KURMA (Dates) sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."


KISMIS- Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".





ZAITUN (Olive) adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, [dan] salah satu daripadanya adalah kusta."



                            


DELIMA (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."




ZA'FARAN- Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."



BUAH TIN (Fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


 HABBATUS SAUDA atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan. Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematian)."

Saturday 8 February 2014

KHASIAT SUSU KAMBING (PART2)



Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.


Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).
 


Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:

  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon
.


Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.
Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


Friday 7 February 2014

KHASIAT SUSU KAMBING (PART 1)

Susu kambing mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.



KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.